Maaf ku pinta. Pada mereka yg membuke blog aku tapi tiada entry baru. Kepulangan dari menghayati cipaaan yang maha Agung membuke pintu suka hati barangkali. Aku belum pasti dan masih tercari cari.
Durian burung , tok senik dan cd motel , kamu berjaya memainkan peranan kamu. Kamu sudah lakukan satu tugasan yg harus aku beri kredit . Bermula dari burung yang patah sayapnye sehingga kami kepanasan hingga ke penghujung puduraya menanti pengambilan. Semuanye begitu indah.
Adakah ini yang KAU namekan hikmah? Semuanye sudah tertulis. Sama ada kau suka atau tak. This is LIFE. Satu konsep yg telah berjaya menguatkan otot otot hati untuk gembire kembali. Walaupun aku masih ragu. Adakah perasaan ini benar atau palsu. Aku akan terus maju.
Belum cube belum tahu. Sudah cube baru tahu. Jika kau berpegang pada konsep aku, tidak ada yg harus dipersalahkan di dunia ini. Aku kecilkan skop ini kepada skop cinta. Sekirenya kamu insan yg dipermainkan oleh pasangan kamu, kamu layak bersedih. Tapi ingat, bersyukurlah kerana dia yg mempermainkan kamu. Siapa tahu, kalau kamu memang bukan utk bersama, kamu pule yg mempermainkan dia.
Bersyukur kerana kamu memegang watak baik dan dia watak jahat. Kamu faham akan konsep aku? Dengan itu, aku layan saje perjalanan hidup aku. Tak bermakna aku menyerahkan semuanye pada takdir.
Tanpa rintangan, hidup adalah kitaran harian yang membosankan. Kata kata seorang teman yg harus direnungkan. Akan ku kongsi lagi konsep yg dikurniakan Tuhan kepadaku kelak. Selamat untuk semua.
Friday, July 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
shid gi langkawi???
Post a Comment