Wednesday, May 28, 2008

lebah dan madu #6

"biarkan aku menjaga perasaan ini,
menjaga segenap cinta yang telah kau beri,
engkau pergi aku takkan pergi,
engkau menjauh, aku takkan jauh,
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu"

janji untuk bertemu dgn si dia pada ham 1730 tidak ksesampaian apabila aku lambat 10minit.
biasela,naek lrt petang petang ni. Orang ramai,sesak,bau badan yg sangat kuat. Sampai di kerinchi,aku membeli air kegemaran si dia. "macha, teh o ais bungkus satu!kasi cepat sket tau"..

Memang aku dah lambat pn jadi ape salahnye tunggu lagi 2 minit asalkan dapat menambat hati si dia. "TENET, TENET" satu mesej diterima. "u kat mane ni?lambat lg ke?kalo lambat i gerak sendiri la.dah lambat n takut jam"

haiyya.aku tidak membalas.hanya berlari ke arah satria maroonnye itu. "sorry lambat"itu je yg mampu aku katekan. Bukan lambat sgt pon. waktu itu lebih kurang 1745. Temu janjinye di KEEPSLIM adalah pada jam1800.

Jadi, aku yg mengambil alih pemanduan. Cilok sana, cilok sini,1808 kami sampai di damansara,keep slim. Satu pencapaian yg memberansangkan ditambah dgn jam yang menggaban lagi. Tapi aku tak dapat ikut tgk dia wat therapy. Nak mampus. hahaha

Sementara tunggu, aku menziarah kedai mamak. Mee goreng dan teh o suam dijadikan minum petang. Pedas gile siot. Kemudian, aku masuk dalam kereta. Hujan plak tu. Fikiranku jauh melayang. Sudah lame rupenye tak duduk dlm keretanya. Dulu, aku lah "pakcik drebar" yg membawanye ke mane saje. Biarpun kedai pak ali yg hanye sebatang rokok perjalanan.

Dulu, aku lah yg periksa air, minyak hitan untuk kerata ini. Minyak petrol sudah pasti la aku kan.haha. Tapi kami selalu berkongsi. Malah sangat kuat berkongsi. Tapi itu dulu la. Dulu laen, mane boleh same mcm sekarang.

Selesai terapi lebih kurang jam 2000. Penuh semangat dgr ceritanye. Steam bath la,ini la , itu la. Gaya ceritanye sudah cukup menghiburkan aku. Aku sudah tidak keruan. Ade surprise yg ingin ku beri tapi tak reti. Aku memberanikan diri. "u, i ade surprise ni".. si dia diam saje.

Dengan muke yang memang 'selenger' abes, aku mengeluarkan sekuntum 'pink rose' dari jaket giordano ku. "bunge ni utk u". Si dia membalas."i bukan minah bunga u, but THanks"..itu sudah cukup memberitahu penghargannya pada ku.

Selesai itu, kami menghala ke kayu. Maple. Aku yg mengajak kerana 10 bln lepas takde pun. Si dia juga tidak ade agenda agenda bersama abg B. Jadi dia tidak perlu risau. Kalo dia tak risau, aku lagi la kan.

Kenangan di kayu agak menarik sket. Pada awalnye ok, kemudian kami bertengkar.Oh ya, sebelum tu hatiku sudah berkecai apabila abg B telepon dia. Mendengar sepasang kekasih begayut, tau tau jela. Kami berengkar disebabkan nombor 6680. Mengapa? Biarlah ia menjadi rahsia kami berdua.

Namun begitu, setelah berbaik semula, aku merasakan satu perasaan yang sangat best, sangat indah, sangat puas hati. Seolah olah kami telah bersatu semula. WAKE UP BRO!!!. terusku tersedar.

Si dia menghantar aku ke lrt. Aku tahu si dia letih. Namun, perjalanan pulang adalah kenangan yg paling indah setelah aku pulang. Terima kasih adinda. Segala galanye indah. Bergambar, bercerita dan berjenaka.

Sebelum pulang, si dia menyatakan satu kepastian. Kepastian yg tak mungkin aku abaikan. terima kasih sekali lagi my bunny. Semoga kite berjumpa lagi. Jika inilah namenye CINTA, biarkan.

No comments: