" sudah terantuk, baru tergadah '
" manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan"
" sejarah menunjukkan bahawa manusia tidak pernah belajar daripada sejarah "
Mungkin kata-kata di atas menyokong atau menetang aku. Kata kata yang sering dicari untuk memberi semangat dan untuk membuktikan bahawa aku hanyalah seorang manusia. Bukan malaikat.
Aku sedar, bukan satu perkara yg mudah untuk aku mendapatkan 100% kepercayaan dari nya atas ape yg sudah berlaku. Tapi aku akan berusaha. Jika awak semua bace kisah lebah dan madu yg terdahulu, mungkin awak perasan akan progress usaha saya.
Jika kita membuka skop ini dgn lebih luas, bukan pada cinta sahaja, kite mampu mendapatkan apa yg kite inginkan dgn usaha yg keras. Hendak seribu daya, mahu seribu cara.
Untuk entry kali ini, sejuta penghargaan ditujukan kpd abg B. walaupun aku tahu dia tidak tahu akan kewujudan blog aku. Aku bukanlah manusia yg tidak berhati perut. Orang buat baik, kita balas baik lah. Takkan bagi tahi pulak.
Cuma, ape yg aku kurang berpuas hati. Aku cakap KURANG, bukan tak berpuas hati langsung. Jangan terlalu over confident dgn apa yg kite belum miliki sepenuhnya. Keyakinan yg tinggi itu bagus, cuma jgn TERLALU.
Same juga seperti membawa kereta, kalau melebihi had laju, pasti kene saman. Hidup ini umpama lakonan. Pelbagai watak yg wujud. Watak baik, jahat, ditindas,menindas dan mcm2 lg.
Tapi inilah kehidupan. Suatu ketika dulu, aku pernah jadi watak ditindas. Mungkin kerana aku tidak ada apa2.
Namun, aku bangun dan aku dalam usaha untuk mencapai sesuatu. Sesuatu yg ramai tidak mahu ceburi. Dengan bantuan Allah dan si dia, aku hampir berjaya. Sedikit masa lagi.
Aku kesal dgn apa yg berlaku. Seperti yg aku post dalam entry2 terdahulu, aku bukannya isaac mendez mahupun hiro nakamura. Tapi, dari sudut positif, kejadian kejadian yg telah terjadi banyak membuka mata dan minda aku.
Aku perlu berhati hati dalam setiap keputusan dan tindakan. Ikutkan hati, mati. Ikut rasa , binasa.
Kepada si dia, terima kasih atas kepercayaan yg engkau berikan untuk kali kedua. "Wa caya sama lu !". Kepada abg B, terima kasih atas jagaan kau selama ini. Kepada aku, cepatla abes belajar, kerja, dan lepas tu KAHWIN!!!.
Friday, May 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment