Tuesday, June 3, 2008

maaf buat semua...

Ye, maaf dan ampun ku pohon buat semua,
Semua insan insan yg pernah aku lukai. Bukan niat hati ini untuk melukakan atau mengguris hati mane mane pihak.
Cuma luahan diri ini yg mampu aku coretkan.
Kalau disimpan, boleh meletup tau.

Oleh itu, aku menggunakan pendekatan menulis untuk meredakannya.
Penulisan yg ikhlas dari hati yg menyesal.
Maaf lah jika luahan ku menyakiti hati mereka.

Aku ingin berehat. Tidak mahu memikirkan masalah ini lagi.
Aku sudah buat silap dan tak mungkin aku akan melakukannya lagi.
Sudah kene sekali, barulah tahu akibatnye. Ini hanyalah skop kecil,iaitu cinta.
Byk lagi masalah2 yg akan datang seperti kerjaya, keluarga dan sebagainye.

Walaupun aku rase inilah cabaran paling besar harus aku tempuhi dlm tempoh hampir 22thn.
Ini lebih sukar berbanding untuk terima keputusan spm ku yg hancur,
lebih payah dari kegagalan di matrikulasi,
lebih pedih dari kecewa di tahun pertama menara gading. dan yg terakhir lebih
memilukan dari kegagalan cinta pertama.

Oleh itu, aku mengangkat bendera putih. Kamu semua telah menang.
Berilah aku peluang pula. Segala gala telahpun ditentukan oleh NYA.
Aku ingin meneruskan hidup. Aku tak suke bermusuh apatah lagi memiliki musuh.
Hidup tidak aman dan tenteram jika ada yg bermusuh denganku.

Maafkan aku wahai kalian semua, aku hanyalah insan kerdil lagi hina.
Aku tak mampu melawan anda semua. Bukan lah aku lemah, tapi biarlah aku yang mengalah.
Kalau dua dua keras kepala, sampai bila pon tak selesai.
Jadi, terimalah kemaafan dari ku untuk semua. Kemaafan yg aku rase paling ikhlas pernah aku luahkan. Aku tak mahu meneruskan peperangan ini lagi.
MAAF BUAT SEMUA.

No comments: