Sunday, June 1, 2008

tiada title...

aku tak tahu nak tulis ape. sebab tu tiada tajuk.
mungkin untuk menenangkan diri buat seketika.
Tp kalo boleh aku mahu tenang selamanya.
Sahabatku pernah bertanya, mengapa aku memilih jalan yg susah.
Mengapa manusia suka memilih jalan yg susah.

Aku tidak pasti. Aku hanya menurutkan kata hati.
Hati yg meyakinkan aku bahawa dia lah CINTA ku.
Yg akan menemani ku di waktu senang dan payah.
Menjadi 'ummi' yg baek utk anak anak aku kelak.

Mungkin terlalu awal utk memikirkan hal hal tersebut.
Aku belum pun 22. Aku masih jahil tentang kehidupan yg penuh seni ini.
Tp aku bersyukur, aku menemui pengajaran seumur hidup dalam usia yg muda.
Orang kata 'it's better to hava a love and lost it, then have no love at all'

3 atau 4 orang sahabat yg ku kenal sejak hingusan lagi sudah pn berjaya melepasi waktu ini.
Aku pn mampu melakukannya. Kami makan nasi kawah same2 dulu.
Macam makan sepinggan, tidur pn sebantal.
Jika inilah saat saat yg membuatkan aku menjadi lebih matang,
Aku mengalu alu kan kedatangannya.

Selagi ada bulan dan bintang,selagi itu masalah cinta takkan selesai.
Buat mase ini, mmg hatiku untuknye.
Aku tak dapat untuk menidakkannya.
Tentang hati nya pula,aku tidak pasti,
Kalo dulu, aku yakin.

Tapi itu dulu,tak mungkin same mcm sekarang.
Aku tidak mahu ego menguasai diri.
Begitu juga harapan ku padanya.
Pulanglah bila kamu sudah puas mengenal dunia.
Aku tidak marah,geram dendam atau sebagainya.

Aku hanya sedih dgn apa yg terjadi.
Gunung yg ku daki terlalu curam dan tinggi.
Sebab tu sangat sakit bila aku jatuh.
Aku sudah jatuh sekarang.

Kamu tahu siapa diri kamu.
Kamu lebih tahu isi hati kamu.
Allah has a better plan for YOU n ME.
Selamat menjelajahi hati kamu wahai sang bunga.
Semoga kamu berjaya.Aamin.

No comments: