Monday, June 2, 2008

nescafe tarik dan roti telor

Aku baru je pulang dari kedai mamak.
heavy supper la katekan. Rakan sekolah rendah belanje. Maklumlah baru dapat gaji.
Bercerita pasal kerjaya dan masa depan. Aku tak ambil bahagian.
Mungkin aku tak berminat dlm bidang mereka.

Sambil minum nescafe dan makan roti telor,
entah macam mane fikiran ini jauh melayang. Mengenang cinta dahulu.
Aku cube nak elakkan darinya. Aku belum lagi mampu.
Ptg td,aku begitu excited nak memulakan kerja. Tp kini,biase2 saje.

Mengapa aku begitu mudah termakan janji janji manisnya.
Akhirnya diri aku sendiri yg di makan . Tapi, aku tak boleh menyalahkannya.
Hati manusia atau lebih spesifik, hati perempuan mudah berganjak.
Bukan niat aku utk stereotype, tp tahla, bukan semua.

Aku pernah bagitau dia yg dalam hidup ini terdapat byk watak.
Mungkin aku memainkan watak sebagai mangsa keadaan. Aku terima.
Kadang kala aku menyalahkan hidup. Balasan yang aku terima terlalu perit berbanding tindakanku kali lepas. Tidak adil same sekali.

Namun, siapalah aku utk melawan Kuasa yg Satu. Mungkin peristiwa ini hanyalah
sekadar untuk memberikan ruang untuknya. Aku pun tak pasti.
Sumpah hatiku kancur. Ketika mandi pon aku mampu mengalirkan air mata.
Inilah namenya cinta. Cinta itu buta dan aku pernah bagitau sebab mengapa cinta
itu buta pada si dia.

Satu hari nanti, mungkin dia akan pulang. Siapa tahu?
Aku cuma boleh mendoakan kebahagiannya. Tapi, btol ke aku akan mendoakan sebegitu?
I dont think so. Itu bukan bermakna aku nak doakan agar dia merana. Cuma biarlah hanya 'no komen' atas hubungan mereka.

Tipu la kalo aku cakap aku bahagia asalkan dia bahagia walaupun dgn org lain.
Mane mungkin aku menipu hati ini. Mestilah terseksa.
Ah, kalo dah jodoh tak kemana. Jangan malu untuk berpatah balik jika sesat ye.
Aku mampu membimbing mu kembali.

ish, memang hebat la penangan cinta. Tak sangka boleh jadi begini.
berhati hati dgn cinta ya semua.
Sudahlah, byk lagi yg perlu kau kejarkan. Nanti yg dikejar tak dapat,yg dikendong tercicir.
Hidup adalah perjuangan yang wajib aku teruskan. Perasaan cinta terhadapnya akan terus ku simpan.

No comments: