Monday, June 2, 2008

Terima Kasih Pizza Hut

Alhamdulillah, aku dah pun mendapat kerja kat pizza hut.
Dekat je ngan umah aku. Lubeih kurang 2 batang roko perjalanan.
Maafla tuan pengurus sebab saya byk kencing time interview tadi.
Tapi mmg saya memerlukan kerja ini.

Bukan untuk wang semata mata.
Tapi untuk mengubat hati yg duka.Sekurang kurangnye aku boleh sebokkan diri aku.
Mengabaikan seketika peperangan cinta yg aku alami.
Aku mmg rajin mencari wang. Dia pon tahu.

Dulu aku pernah kerja kat warung yg slalu budak2 U makan.
Aku pernah bertanya kat dia,"malu tak bf u keje kat tempat camni?"
Tapi syukur, dia sikit pon xde rase malu. Malah selalu dtg untuk makan kat situ.
Sambil bekerja, sambil dating.

Tapi itu semua dulu. Haiyya, dalam setiap entry aku pasti ade diselitkan sikit kisah aku dan dia.
Sudah 2 minggu aku melepak di rumah. Mengejar dgn bersungguh sungguh
sesuatu yg kami berdua belum pasti. Aku cuma berusaha.
Namun, biarlah aku berehat seketika.
Berehat dari memikirkan masalah C.I.N.T.A...

Aku sungguh excited. Cepatlah hari jumaat.
Aku start kerja pada hari itu.
Semoga cuti ku ini tidak disia-sia kan.
Aku sentiasa menantimu wahai bidadari mimpiku.

No comments: